14 Julai 2025 – Dua hari pertama Karnival Sukan ANSARA 2025 (KSA25) menyaksikan saingan sengit dalam pemburuan pingat apabila kontinjen ANSARA Serting mendahului carta dengan pungutan tiga pingat emas, sekali gus menonjolkan potensi sebagai pencabar utama kejohanan.
Beberapa kontinjen lain turut mencuri tumpuan dengan pencapaian membanggakan. ANSARA Batu Pahat, ANSARA Pasir Salak dan ANSARA Terendak masing-masing meraih satu pingat emas, meletakkan mereka setara di kedudukan kedua carta emas.
ANSARA Kuantan pula menjadi pasukan paling banyak mengumpul pingat keseluruhan setakat ini dengan empat pingat – dua perak dan dua gangsa – membuktikan konsistensi mereka dalam pelbagai acara yang dipertandingkan.
Sementara itu, ANSARA Balik Pulau juga menunjukkan prestasi baik dengan kutipan tiga pingat – satu perak dan dua gangsa. ANSARA Kota Putra, ANSARA Kuala Kubu Bharu dan ANSARA Parit masing-masing berjaya menyumbang satu pingat perak kepada kutipan pasukan mereka.
Dalam kalangan pemenang pingat gangsa pula, ANSARA Besut dan ANSARA Merbok mencatatkan satu gangsa masing-masing, menandakan permulaan positif untuk hari-hari seterusnya.
#KSA25 #MEDALTALLY #THISISANSARA












